21 August 2013

R4BIA SESAT?

Ada diantara kita masih tertanya-tanya apakah maksud simbol 4 jari yang diguna pakai ramai pengguna media sosial di seluruh dunia. Di sini ada sedikit penjelasan

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah bermaksud empat. Nombor empat dijadikan simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.



2. Simbol 4 jari seperti di atas sebagai mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang dihancurkan tentera Mesir yang merampas kuasa.

3. Simbol ini dilancar Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada 17 Ogos lalu.

4.Tujuan avatar simbol R4BIA yang diguna pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter adalah sebagai solidariti dan kesepaduan serta kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu ia menimbulkan kesedaran orang ramai terhadap apa yang berlaku.

18 August 2013

[KRONOLOGI PERGOLAKAN DI MESIR]
22 November 2012 | Khamis :D r Morsi telah membuat 6 keputusan besar yang menakutkan saki baki rejim Mubarak dan sekular sert
a anti Islam :1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula.
2) Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah.
3) Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.
4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.
5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.
6) Mursi melantik Tala’at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.
#Jika diamati, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Dr Morsi adalah bertujuan untuk mengeluarkan semua saki baki fulul (pro rejim Mubarak) daripada ‘membuat kacau’ sekaligus menjaga revolusi 25 Januari.
23 November 2012 | Jumaat:
- Berlaku Dua perhimpunan utama di Kaherah selepas Solat Jumaat iaitu antara penyokong dan pembangkang keputusan Presiden Mursi. Kumpulan rakyat yang menyokong keputusan Mursi telah berhimpun di hadapan Istana Ittihadiyah dan Kumpulan rakyat pembangkang Mursi pula berhimpun di dataran Tahrir.
- Jumlah mereka yang berhimpun yang menyokong keputusan Dr Mursi jauh lebih ramai berbanding mereka yang membangkang.
- Dr Morsi menjelaskan sebab beliau menggunakan kuasa istimewa Presiden Republik adalah bertujuan untuk menyekat ancaman-ancaman dan perancangan jahat fulul saki baki rejim Mubarak.
- Dalam masa yang sama, pembangkang Morsi terus menerus menggelar Dr Morsi sebagai “Diktator” , “bayangan Mubarak” dan lain-lain gelaran melalui lidah-lidah akhbar mereka.
- Antara laungan yang kedengaran dari pembangkang Dr Morsi ialah “Jatuh, jatuh kerajaan Mursyid” (Mursyid merujuk kepada Syeikh Badi’, Mursyidul ‘Am Ikhwan Muslimin)

- Pejabat-pejabat rasmi Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dan Pejabat Ikhwan Muslimin mula menjadi sasaran. Pejabat FJP Cawangan Iskandariah diserang dan dibakar oleh kumpulan Pejuang Kebebasan Arab Mesir yang anti Islam dan anti Ikhwan Muslimin. (sebahagian besar ahli dan petugas Ikhwan Iskandariah ketika itu menghadiri himpunan di kediaman Mursi di Istana Ittihadiyah, Kaherah)- Dr.Mohammad Mahsub (Menteri Undang-undang Mesir) mengulas mengenai tindakan kumpulan yang menentang keputusan Dr Mursi sekalipun keputusan tersebut membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Kumpulan penentang ini masih menganggap diri mereka pembangkang kerana berada di bawah rejim Mubarak terlalu lama.
katanya lagi “Rakyat Mesir hidup terlalu lama dalam kezaliman, lebih 30 tahun. Waktu itu mereka adalah pembangkang kepada kerajaan. Hari ini, mereka terus menganggap diri mereka pembangkang kepada kerajaan Mursi sedangkan Mursi telah memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan parti politik..Dalam Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, dalam Parlimen.”
24 November 2012 | Sabtu :
- Siri-siri serangan ke atas pejabat FJP terus berlaku.
- Pejabat Ikhwan Muslimin di ‘Ain Syams diserang dengan molotov oleh pihak yang tidak diketahui yang menyebabkan kebakaran pada pejabat tersebut. Penduduk tempatan berusaha memadamkan kebakaran.
- Pejabat FJP di Jalan Jisr Suez, Alfu Maskan kira-kira 500 meter dari pejabat Ikhwan yang dibakar sebelum itu turut diserang.
- PORT SAID, beberapa orang pemuda dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) menyerang pejabat FJP wilayah.
- Di Damanhur, wilayah Buhaira para penyokong Mursi berjaya memberkas 5 orang kumpulan samseng upahan membawa senjata tajam dan molotov cuba menyerang Pejabat Ikhwan Muslimin wilayah
- Abul ‘Izz Hariri, seorang Ahli Parlimen Mesir dari Parti Sosialis Rakyat, berhaluan kiri telah ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah.
Beliau antara 13 calon yang bertanding Presiden Mesir pada pusingan pertama semasa Pilihanraya Presiden yang lalu.
- Peguam Negara yang baru, Tala’at Ibrahim memulakan tugas hari pertama hari ini, Sabtu dengan pertemuan dengan anggota Jabatan Pendakwaraya Negara. Beliau berjanji akan kembali membicarakan Mubarak serta orang kanannya terdekat di “mahkamah revolusi”.
Selepas pelantikan Peguam Negara baru Khamis lalu, kerajaan Mesir menyenaraikan nama-nama kroni Mubarak serta bekas-bekas menteri dalam senarai mereka yang dilarang ke luar negara.
- sekumpulan pemuda dipercayai dari Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) dan gerakan kebangsaan menyerang pejabat Ikhwan Aswan. Mereka memecahkan pintu pagar besi bangunan dan mengoyak poster dan iklan yang ditampal sambil melaungkan cercaan kepada Ikhwan dan parti FJP.
- Pusat Operasi laman web Ikhwanonline diserang dan dibakar menyebabkan kemusnahan kepada pintu masuk pejabat
- Kelab Hakim wilayah Iskandariah memutuskan untuk menggantung kerja di semua kompleks hakim di Iskandariah sebagai protes keputusan Mursi.
- Kelab Hakim Mesir sekarang mengadakan Mesyuarat Khas Tergempar bagi membincangkan keputusan Presiden Mursi Khamis lepas.
- Puluhan anggota parti aliran sekular/liberal dan gerakan kebangsaan meneruskan perkampungan di Tahrir meminta Mursi menarik balik keputusan yang dibuatnya Khamis lalu.
25 November 2012 |Ahad :
- GAGAL! Walaupun Kelab Hakim Mesir mengumumkan untuk menggantung kerja di seluruh kompleks mahkamah di Mesir sebagai bantahan keputusan Presiden Dr.Mursi, hakikat yang berlaku pada hari ini agak berbeza.
- Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Kelab Hakim Mesir, Ahmed Az-Zindi (yang terkenal dengan orang Mubarak) semalam yang mengugut jika Mursi meneruskan keputusannya, seluruh hakim dan peguam akan memulakan mogok seakan-akan tiada sambutan dengan, para hakim dan kakitangan pendakwaraya di wilayah-wilayah menjalankan tugasan seperti biasa hari ini.
- Ratusan peguam berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Iskandariah menolak keputusan Kelab Hakim wilayah tersebut.
- Mereka turut mengecam Az-Zindi yang bagi mereka adalah ‘tali barut’ kepada Mubarak dan bekas Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud. Turut dikecam pendirian Presiden Kelab Peguam Mesir, Samih ‘Asyur yang turut menyokong pendirian Az-Zindi.
- Islam Mas’oud berumur 15 tahun, telah dibunuh oleh samseng yang dibayar ketika mempertahankan markaz Ikhwan Muslimin di Damanhur. Terdapat lebih 60 kecederaan. Selama dua hari berturut-turut ketika serangan berlaku, tiada langsung kawalan daripada pihak keselamatan.
- Puluhan ribu rakyat Mesir keluar ke jalan-jalan raya selepas Isyak bagi menyokong keputusan yang dibuat oleh Presiden mereka, Dr.Mursi, Khamis lepas.
- lebih 10,000 rakyat keluar berhimpun di Iskandariah di halaman Masjid Qaid Ibrahim dan mengecam tindakan kumpulan samseng yang membakar Pejabat FJP Iskandariah (Jumaat lalu), yang terletak dekat masjid tersebut
26 November 2012 | Isnin :
- Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad’ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu
- Dr.Mohammad Barad’ie antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.
- Pejabat Utama Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di Jalan Al-Bahr, bandar Tanta hari ini pula diserang dengan batu oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali antara 40 hingga 50 orang.
- Pakatan kumpulan Islam (Gabungan Ikhwan Muslimin, parti FJP, Parti Nur, Jamaah Islamiyah dan Gerakan Salafiyah) yang bercadang mengadakan himpunan menyokong Mursi esok di hadapan Universiti Kaherah memutuskan untuk menangguhkan himpunan kepada satu tarikh yang belum ditentukan setelah melihat situasi politik semasa yang melanda negara.
- Gabungan kebangsaan Mesir bersama-sama parti-parti politik beraliran sekular dan liberal tetap meneruskan himpunan di dataran Tahrir.Mereka telah berkampung di Tahrir sejak Jumaat lepas dan bilangan penyokong mereka dijangka bertambah.
27 November 2012 | Selasa :
- Hamdin Sobahi berkata, parti-parti sealiran dengannya akan berkampung dan meneruskan tekanan serta protes sehingga Mursi ‘kembali berundur’ dengan membatalkan keputusan yang dibuatnya Khamis, 22 November lepas.
- Malam, berlaku pertempuran yang dahsyat antara pemuda Ikhwan Muslimin dengan kumpulan samseng di bandar Mahalah Kubra, wilayah Gharbiyah.
- Dilaporkan Seramai 200 pemuda Ikhwan Muslimin Muhafazah Gharbiyah mengalami kecederaan, dan dikatakan 4 daripada mereka mengalami kecedaraan yang kritikal.
- Serangan dilakukan oleh samseng upahan fulul Parti Watan dan dari sebahagian golongan kiri revolusi Mesir yang diketuai oleh Hamdy Fakhrani. Serangan dilakukan ke atas Markaz Ikhwan Muslimin dan Markaz FJP bandar Mahalla.
- Mangsa kecederaan kritikal dipindahkan ke Hospital Universiti Tanta, Hospital Mahalla Am, dan beberapa hospital swasta di bandar Mahalla.
- Dengan ketiadaan pasukan polis, pemuda pemuda Ikhwan Muslimin seakan menjadi perisai perisai hidup mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan ibu pejabat Ikhwan Muslimin dan FJP.
#Teruskan berdoa untuk kesejahteraan Mesir dan kepimpinan Dr Morsi dalam menegakkan Islam di bumi nil ini. Ini adalah perjuangan antara Islam dan Kuffar! antara Haq dan Bathil! Perjuangan ini tidak mudah, anak-anak fir’aun masih ramai berkeliaran membuat onar.
Mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang!
Sumber :
Abdul Malik
R.N.N
Ikhwan Online
Page FJParty
Page “Ikhwan Muslimin” Tarbiyah Jihad dan Dakwah
Page Ikhwan Muslimin
Page Ikatan Ikhwan Muslimin Sedunia

16 February 2013

Pesanan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna


Sedih melihat banyaknya pertelingkahan antara sesama Islam termasuk mereka yang berada dalam jalan daawah. Kita sering lupa adab  apabila kita berbeza.
Tiba-tiba teringat kembali perkara-perkara yang sering diulang-ulang dalam usrah masa saya muda dulu iaitu wasiat Hassan Al-Banna.
Amilin gerakan perlu memahami dan cuba untuk menghadam apa yang di sebut dan dinasihatkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. 

10 Wasiat Asyahid Hasan Al-Banna kepada penggerak daawah:

Kata-Kata As-Syahid Ketika Muktamar Ikwanul Muslimin Ke-5 


 Kerinduan As-Syahid..kita bagaimana?


Seorang yang sibuknya lebih daripada masa yang ada padanya
  1. Bangunlah segera untuk melakukan sholat apabila mendengara adzan walau bagaimanapun keadaanmu.
  2. Baca, Telaah dan dengarkan Al-Quran atau dzikirlah kepada Allah dan janganlah engkau membazirkan  waktumu dalam menyelesaikan masalah yang tidak bermanfaat.
  3. Bersungguh-sungguhlah untuk bisa berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih.
  4. Jangan memperbanyak perdebatan dalam  pembicaraan sebab ia tidak akan mendatangkan kebaikan.
  5. Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tenteram.
  6. Jangan banyak bergurau karena umat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh.
  7. Jangan mengeraskan suara di atas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti orang yang mendengar.
  8. Jauhilah dari membicarakan keburukan orang lain atau pertubuhan lain  atau melukai perasaan orang lain dalam bentuk apapun. Usah berbicara kecuali yang baik.
  9. Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama).
  10. Pekerjaan rumah kita sebenarnya kesuntukan waktu, maka manfaatkanlah waktu yang ada dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan.


Pesannya lagi:


“Wahai Ikhwan Muslimin, terutamanya mereka yang bersemangat dan tergesa-gesa di kalangan kamu… Jalan kamu ini telah pun dilakarkan perancangan-perancangannya dan diletakkan batas-batasnya. Aku tidak akan menyalahi batas-batas tersebut yang telah memberi keyakinan kepadaku bahawa ia adalah jalan yang paling selamat untuk sampai ke destinasinya. Benar, boleh jadi ia adalah jalan yang panjang namun di sana tiada lagi jalan selainnya. 

Kejayaan hanya lahir dengan kesabaran, tabah, serius dan amalan yang berterusan. Barang siapa di kalangan kamu hendak mempercepatkan buah sebelum ia masak atau bunga sebelum ia mekar, maka aku tidak bersamanya dalam keadaan ini biar apapun keadaaannya. Adalah lebih baik baginya berundur diri dari dakwah ini dan menyertai dakwah-dakwah yang lain. Barangsiapa yang bersabar bersamaku sehingga bercambahnya benih, tumbuhnya pokok, masaknya buah dan sampai ketikanya untuk dipetik maka pahalanya adalah urusan Allah. Kami dan ia tidak akan terlepas ganjaran orang-orang yang baik sama ada kemenangan dan ketuanan atau syahid dan kebahagiaan. 

Wahai Ikhwan Muslimin: Pakaikan gelojakan emosi kamu dengan  pertimbangan akal, sinarilah akal kamu mengatasi nyalaan emosi, janganlah kamu cenderung berlebihan nescaya kamu akan menjadikannya tergantung tanpa bertali. Janganlah kamu menyalahi aturan alam kerana ia pasti akan menang (mengalahkan kamu) sebaliknya atasilah emosi kamu dan gunakannya serta ubah gelombangnya. Gunalah kedua-duanya (emosi dan akal), nantilah saat-saat kemenangan sesungguhnya ia tidak jauh dari kamu. 

Pengalaman dahulu dan sekarang membuktikan bahawa tiada kebaikan melainkan jalan kamu yang baik, tiada hasil melainkan bersama perancangan kamu yang baik dan tiada kebenaran melainkan dalam apa yang kamu lakukan dengan baik. Janganlah kamu leka dengan kesungguhan kamu dan janganlah kamu memperjudikan riak-riak kemenangan kamu.”


Pesan Imam Hasan Al-Banna masih relevan. Anak-anak muda yang bergiat dalam jalan dakwah perlu faham bahawa kita baru saja melewati zaman yang dipanggil ledakan informasi. Kita  lemas apaila tidak pandai berenang di dunia informasi itu. 


Di depan kita kini adalah zaman yang dipanggil, 'The Age of Inteligence." Iaitu zaman Bijak. Ummah akan hancur sekiranya anak muda tidak bersedia. Anak muda kita akan tenggelam dalam Zaman Bodoh sekiranya kita gagal mebawa mereka ke Zaman Bijak itu.


Timbalan Presiden GAMIS
Kedah

24 January 2013

Kampus induk KUIN: Dulu ‘angan-angan’, kini jadi kenyataan

ALOR SETAR – ‘Angan-angan kosong’, itulah perkataan yang sering didengari apabila kerajaan negeri Kedah mengumumkan untuk membina kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil empat tahun lalu.

Tiada siapa yang menyangka, empat tahun berlalu, kini KUIN telah siap dibina dan tersergam indah bagaikan unversiti ‘lima bintang’.

Siapapun pasti akan kagum apabila menjengok ke kolej ini kerana di hadapannya terdapat tasik buatan yang sangat cantik sepanjang 1.2 km dan tidak lama lagi ianya akan menjadi tempat kejohanan perahu panjang dan perahu naga di rantau ini.

Dewan utamanya merupakan dewan terbesar di utara tanah air dan mampu memuatkan kira-kira 5,500 hadirin dengan panggung eksperimen dengan kapasiti 1500 orang pada satu-satu masa. Dewan kuliahnya pula menepati cirri-ciri terkini dengan senibina yang mengagumkan.

Ianya dapat disiapkan dalam masa hanya empat tahun pemerintahan kerajaan negeri kini dan lebih menakjubkan ianya adalah tanpa sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat.


Sementara itu, Majlis Perasmian KUIN Kuala Ketil dan Istiadat Konvokesyen Khas yang dijadualkan pada 29 Januari ini akan disempurnakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang juga Canselor KUIN.

Baru-baru ini, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman menyembah maklum dan memohon perkenan YTM Tunku Bendahara dilantik sebagai Pro Canselor KUIN sempena majlis perasmian tersebut.
YTM Tunku Bendahara berkenan dilantik sebagai Pro Canselor KUIN dan meluangkan masa hampir sejam bagi mengetahui perkembangan terkini pembangunan fizikal kampus induk KUIN.

Dalam majlis perasmian itu nanti, mantan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Dr. Affifudin Omar dilantik sebagai Pro Canselor kedua menggantikan Dato’ Dr. Halim Ismail.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Kedah.

18 January 2013

Himpunan Mahasiswa Kedah

Pada 18 Januari 2013 bertempat di Alor Setar, mahasiswa di negeri Kedah telah berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada kebebasan akademik dan hak bersuara. Semua mahasiswa yang hadir telah sepakat untuk menyatakan kebersamaan untuk memperjuangkan kebebasan universiti dari pengaruh politik luar. 

Dalam ucapan seorang wakil mahasiswa, komited untuk terus memperjuangkan hak-hak mahasiswa yang tertindas. Dalam pada itu menyeru agar semua mahasiswa untuk berdoa agar terus bersama melawan kezaliman

Himpunan yang diadakan berhampiran Pekan Rabu ini menghimpunkan hampir 30 orang mahasiswa berakhir pada jam 6 petang dengan bacaan doa dan doa wehdah.

17 January 2013

Salute To Bawani !



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Fanomena LISTEN yang hangat dimainkan sekarang mencetuskan kemarahan dan gelombang kebangkitan dalam kalangan mahasiswa amnya dan masyarakat umumnya. Fenomena ini rentetan daripada Forum Suara Mahasiswa yang bertajuk “Seiringkah Mahasiswa & Politik” yang telah diadakan pada 8 Disember 2012 yang lalu di Dewan Muadzzam Shah, Universiti Utara Malaysia.
Isu yang dibangkitkan adalah hak dan kebebasan bersuara. Sahabat saya, Bawani KS dinafikan haknya untuk mengutarakan pendapat sebagai pengaju soalan. Tindakan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia selaku panelist menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati institusi pendidikan negara yang mendokong kebebasan akademik dalam berhujah dan berbeza pendapat. 

Dalam mana-mana diskusi mahupun forum, ahli panel dan juga audien mempunyai ruang dan hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing, malahan ia perlu ditangani secara professional supaya keadaan menjadi tenang, bukan dengan memotong percakapan atau soalan yang diajukan dengan cara menarik pembesar suara sebelum sempat soalan habis diajukan. Tindakan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO yang berpendidikan di depan lebih 2000 mahasiswa yang hadir dalam forum tersebut.
Bawani KS seorang mahasiswa Universiti Utara Mahasiswa dalam jurusan Sarjana Muda Undang-Undang telah dimalukan secara terang-terangan apabila dikatakan kurang tahap pendidikan terutamanya pendidikan hormat warga yang lebih dewasa. Hal ini jelas menjatuhkan imej seorang mahasiswa. Perlu diingat mahasiswa adalah golongan intelektual dan semakin matang dalam menelaah isu-isu politik Negara. .

Sharifah juga bukan hanya tidak menghormati soalan yang diajukan malahan memberikan analogi yang tidak masuk akal dan tidak ada kaitan dengan soalan dan fakta yang diajukan oleh saudari Bawani.
Justeru, saya bagi pihak Gamis Kedah yang juga selaku mahasiswa Universiti Utara Malaysia menggesa Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk tampil kehadapan dengan kadar segera untuk memohon maaf kepada saudari Bawani secara terbuka dan terang-terangan seperti mana beliau telah menjatuhkan imej saudari Bawani secara terbuka.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Saudari Bawani yang telah menunjukkan kewibawaan seorang mahasiwa dan berani mengetengahkan isu-isu politik Negara dengan tegas dan berprinsip.

Salute to Bawani KS
WE ARE ALL BAWANI!

NUR IZZATI BT HAMBALI,
Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi, GAMIS KEDAH

08 January 2013

Mahasiswa dan Pilihanraya Umum ke 13

Di sini,Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) Negeri Kedah dan Pusat  mempunyai 3 pendirian:


1) Asas kepada perjuangan mahasiswa iaitu menjadi agen semak dan imbang bertukar kepada slogan ‘Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan’. Hal ini bukanlah kerana  sudah bias pada mana-mana parti,tetapi hanya dengan menukar kerajaan , Malaysia akan selamat !



2) Mahasiswa ingin kebebasan politik yang mutlak. Jangan sekat para ahli akedemik,penjawat awam ,mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia  untuk menyatakan pendirian politik mereka atau parti apakah pilihan mereka. Amatlah jelik,jika kita mengisytiharkan Malaysia sebagai negara demokrasi akan tetapi hak bersuara dan berpartisipasi di sekat.



3) Mahasiswa tolak politik tidak matang, politik kotor dan seumpama dengannya. Hal ini,kerana,setiap kali datangnya pilihanraya umum, ada sahaja isu lapuk yang dimainkan. Isu kalimah allah,isu amanat Tuan Guru Haji Hadi sebagainya. Mungkin juga ia adalah untuk menutup isu utama seperti isu Lynas,Deepak dan pemborosan wang negara.
 





GAMIS,sekali lagi menekankan bahawa, pada PRU 13 akan datang GAMIS bukan lagi agen semak imbang pentadbiran negara akan tetapi, MAHASISWA MAHU TUKAR KERAJAAN! Cukuplah tempoh uji 50 tahun yang diberikan kepada UMNO untuk memerintah negara banyak kepincangan sedikit kebaikan. Mahasiswa inginkan Malaysia lebih amanah dan adil.


Mahasiswa Mahu Tukar Kerajaan Umno Barisan Nasional





Saya yang benar,
Muhamad Azan Safar
Presiden Gabungan Mahasiwa Islam Se-Malaysia(GAMIS)