Dengan nama Allah
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Fanomena LISTEN yang
hangat dimainkan sekarang mencetuskan kemarahan dan gelombang kebangkitan dalam
kalangan mahasiswa amnya dan masyarakat umumnya. Fenomena ini rentetan daripada
Forum Suara Mahasiswa yang bertajuk “Seiringkah Mahasiswa & Politik” yang
telah diadakan pada 8 Disember 2012 yang lalu di Dewan Muadzzam Shah, Universiti Utara Malaysia.
Isu yang
dibangkitkan adalah hak dan kebebasan bersuara. Sahabat saya, Bawani KS
dinafikan haknya untuk mengutarakan pendapat sebagai pengaju soalan. Tindakan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang merupakan
Presiden Suara Wanita 1 Malaysia selaku panelist menunjukkan seolah-olah
beliau tidak menghormati institusi pendidikan negara yang mendokong kebebasan
akademik dalam berhujah dan berbeza pendapat.
Dalam
mana-mana diskusi mahupun forum, ahli panel dan juga audien mempunyai ruang dan
hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing, malahan ia perlu ditangani
secara professional supaya keadaan menjadi tenang, bukan dengan memotong
percakapan atau soalan yang diajukan dengan cara menarik pembesar suara sebelum
sempat soalan habis diajukan. Tindakan Sharifah agak keterlaluan dan tidak
menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO yang berpendidikan di
depan lebih 2000 mahasiswa yang hadir dalam forum tersebut.
Bawani
KS seorang mahasiswa Universiti Utara Mahasiswa dalam jurusan Sarjana Muda
Undang-Undang telah dimalukan secara terang-terangan apabila dikatakan kurang
tahap pendidikan terutamanya pendidikan hormat warga yang lebih dewasa. Hal ini
jelas menjatuhkan imej seorang mahasiswa. Perlu diingat mahasiswa adalah
golongan intelektual dan semakin matang dalam menelaah isu-isu politik Negara. .
Sharifah juga bukan hanya tidak menghormati soalan yang diajukan malahan memberikan analogi yang tidak masuk akal dan tidak ada kaitan dengan soalan dan fakta yang diajukan oleh saudari Bawani.
Sharifah juga bukan hanya tidak menghormati soalan yang diajukan malahan memberikan analogi yang tidak masuk akal dan tidak ada kaitan dengan soalan dan fakta yang diajukan oleh saudari Bawani.
Justeru,
saya bagi pihak Gamis Kedah yang juga selaku mahasiswa Universiti Utara
Malaysia menggesa Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk tampil
kehadapan dengan kadar segera untuk memohon
maaf kepada saudari Bawani secara terbuka dan terang-terangan seperti mana
beliau telah menjatuhkan imej saudari Bawani secara terbuka.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada
Saudari Bawani yang telah menunjukkan kewibawaan seorang mahasiwa dan berani
mengetengahkan isu-isu politik Negara dengan tegas dan berprinsip.
Salute to Bawani KS
WE ARE ALL BAWANI!
NUR IZZATI BT HAMBALI,
Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswi, GAMIS KEDAH
No comments:
Post a Comment